Tanah Runtuh | Mangsa yang terjejas sedang dikenal pasti untuk bantuan

2022-07-28 0

Susulan tragedi tanah runtuh mengorbankan dua kanak-kanak berusia 2 tahun dan 11 tahun di Bukit Nenas, Kota Kinabalu pada Rabu.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Api-Api, Oliver Majaham memaklumkan pihaknya
masih mengumpul maklumat mengenai mangsa yang terjejas bagi tujuan pengagihan bantuan.

Pihaknya juga setakat ini belum menerima permohonan daripada mangsa yang terjejas untuk penempatan sementara.